“Hello...”
“Hello...qira, kau kat mana ni? dah sampai ke belum?”
“Siapa ni? gangu tidur aku jelah...”
“Tidur lagi? Wei qira, kelas dah nak mula lah, kan hari ni kena hantar proposal kajian, bangunlah wei...”
“Kau hantarlah...”
“Qiiiiiraaaaaa....banguuuuuuun...”, terkebil-kebil aqira bangun mendengar jeritan itu.
“Ye...apa dia, ah dah bangun ni, awal pagi lagi kau dah membebel...”, kata aqira terkejut dengan jeritan Sheila kawan baiknya.
“Kelas Dr. Shafiq dah mula lah, hari ni kan kena hantar proposal, proposal tu pula tempat kau, ingat tak, cepat lah bersiap...”
“Alamak...ye ke, dah jam berapa ni?”, kelam kabut aqira bangun dan mencapai tualanya.
“Jam 7.55...”
“Ok..ok...kejap lagi aku sampai...”, kata aqira lalu membuang handphonenya di atas katil. Dia segera masuk bilik air dan mandi. Tak sampai 5 minit dia keluar dan bersiap, cuci muka je, mana nak sempat mandi lagi, lantaklah, kata aqira lalu menyarungkan baju kurung, menyikat rambutnya yang melepasi paras bahu kemudian, dicapainya beg serta failnya dan dengan langkah yang laju dia menuruni tangga menuju ke tingkat bawa, susahnya tinggal di kolej asrama bertingkat ni getusnya.
Dia membelok ke kiri menuju ke kuliah, perjalanan mengambil masa hanya 10 minit dan kerana dah terlambat, aqira berlari-lari anak di sepanjang perjalanannya. Tanpa memandang arah kakinya tiba-tiba dia tergelincir kerana terpijak batu kecil lalu terjatuh bertiarap.
“Aduiii....”
Liyana yang sedang mentelaah buku setebal 2 inci terkejut dengan bunyi jatuh dan jeritan aqira. Lalu dia memandang aqira di sebelahnya.
“Aqira...”, diikuti dengan gelak tawa liyana.
“Aduiii...sakitnya, dahlah terjatuh kat simen...”, kata aqira sambil mengusap punggungnya. Dia berdiri bersama selimut yang masih terlekat di badannya lalu duduk di katil.
“Bukan simenlah, jubin, kau tau tak qira, masuk ni dah tiga kali kau jatuh katil, apa kau mimpi ni? sampai jatuh katil? Berdrama di padang luas macam filem hindi ke?”, kata liyana, masih terdengar ketawanya mentertawakan kawan sebiliknya.
“Tak denya aku mimpi hindi tapi pelik jugalah mimpi aku tadi tu...aduii, sakit lagi ni, dahlah jubin ni keras...”, runggut aqira. Liyana bertambah ketawa.
“Mana ada jubin yang lembut...”
“Dah lah, kau ni ketawa tak tengok orang, bukannya kecian kat kita...”, kata aqira merajuk.
“Alamak...dah merajuk pula dah kawan ku ni, ok..ok..sorry...cian dia...bangunlah, dah jam7.40 ni, tak payah tidur lagi...”, kata liyana mendekati aqira.
“Ah, maknanya aku memang dah lambatlah ni, kenapa kau tak bangunkan aku”, kata aqira lalu bangun dan mencapai tualanya. Liyana segera menarik tangan aqira.
“Kau ada kelas ke? Sorry la aku tak tahu, selalunya kau bunyikan ‘alarm’ kau di handphone, and kalau kau tak bangun baru aku bangunkan...”, kata liyana memandang aqira. Baru aqira teringat dia terlupa untuk set ‘alarm’ semalam.
“Aku lupa nak set kan...”, kata aqira lalu segera ke bilik air mandi. Tak sampai 10 minit, aqira keluar dan bersiap.
“Kejapnya mandi, selalu setengah jam, kau sebenarnya nak pergi mana ni, bukan rabu kau tak ada kelas pagi ke?”, liyana agak pelik dengan perlakuan rakan sebiliknya.
“Sebenarnya, aku dah janji dengan group aku jumpa Dr. Shafiq, bincang tentang proposal, Dr. Shafiq tu pula kalau janji jam8 kena on the time.”, kata aqira lalu menyikat rambutnya yang melepasi paras bahu. Kemudian mencapai beg sandangnya dan fail yang kertasnya tak bersusun. Ah lantaklah, dah lambat ni getusnya dalam hati. Liyana hanya memerhatikan gerak aqira.
“Yana, tolong sangkutkan tuala mandi aku ek, sorry....”, kata aqira sambil memperlihatkan giginya yang putih tersenggih depan liyana.
“Ok, pergilah nanti lambat...”, kata liyana juga membalas senyuman rakannya, terkadang rasa nak ketawa juga melihat perlakuan aqira yang suka buat kerja ‘last minute’.
Selepas mengucapkan terima kasih, aqira terus berlari menuruni tangga dari tingkat 3, nilah padah kalau asrama bertingkat, kata aqira sendirian. Sampai di bawah dia terus membelok ke kiri, menuju ke parking moto, nasib baik ada skuter, tak delah tunggu bas berjam-jam katanya lagi. Dia memasang enjin lalu terus ke blok sekolahnya, sekolah sains dan teknologi. Selepas meletakkan skuternya dan memastikan selamat, dia menuju ke blok pensyarah dengan langkah yang laju tapi tiba-tiba dia terlanggar sebiji batu dan hampir terjatuh. Kerana menyeimbangkan badan fail dari tangannya terjatuh menyebabkan kertas bertaburan.
“Ish...batu ni kacau betullah aku jalan, nanti kejap, macam dalam mimpilah, nasib baik aku tak jatuh...”, katanya sendirian sambil tangannya ligat mengutip kertas-kertas bertaburan. Kemudian dia melihat sekeliling memastikan tiada mata yang memandang, mujur tiada yang perasan fikirnya. Tapi dia tak tahu ada seseorang yang melihatnya dari jauh sambil tersenyum. Selepas mengutip kertas Aqira segera memasuki blok pensyarah.
“Aqira..kat sini..”, panggilan sheila kawan kuliahnya menghentikannya dari terus mencari kelibat kumpulannya, lalu dia menuju ke arah tangga di mana mereka sedang menunggu.
“Hai semua, sorrylah lambat, ada hal sikit...”, kata aqira tersenggih, dia membetulkan rambutnya.
“Kau ni tak sah kalau tak lambat...”, kata sheila, sengaja menyakitkan hati kawannya tapi aqira tak kisah sebab dia tahu sheila memang macam tu suka perli tapi hati baik. Shasa dan Mastina hanya tersenyum, dah tahu perangai aqira.
“Ada bawa proposal?”, tanya sheila terus bertanya.
“Dalam fail ni tapi belum susun lagi...”, kata aqira mengerutkan dahinya.
“Tak apa, jom naik atas, lambat nanti Dr. Shafiq membebel lagi...”, kata sheila lalu mereka beriringan menuju ke tingkat dua blok tersebut.
“Nasib baik proposal kita diterima, kalau kena tukar tajuk kajian lagi, mati kita, so macam mana sekarang, kita kena bincang juga before go further...”, kata sheila selepas mereka keluar dari bilik dr. Shafiq, dia dah biasa mengetuai kumpulannya.
“Baik kita, bincang kat ‘cafeteria’...”, kata mastina, tempat favouritenya juga disebut.
“Kau ni, asyik makan je...”, perli aqira, lalu mastina mencubit bahu aqira, mujur dapat dielak.
“Kita pergi library jelah...”, kata Shasa pula, mereka semua bersetuju lalu bergerak ke arah library yang memakan masa 15 minit dari sekolah mereka. Sambil berbincang macam mana hendak memulakan kajian, mereka terus membahagikan tugasan. Kajian mereka sebenarnya berkisarkan tumbuhan lumut. Kena kaji berapa jenis lumut dan habitat lumut tersebut. Selepas dua jam mereka berbincang dan terasa hendak mengisi perut, mereka menuju ke cafeteria sekolah mereka kerana cafeteria library masih ‘under maintenance’.
“Qira, aku tengok lelaki tu asyik pandang kau jelah...”,kata shasa pada aqira ketika mereka memilih minuman. Shasa perasan seorang lelaki memandang ke arah mereka. Sheila dan mastina memilih tempat duduk yang sesuai. Nasib juga tak ramai orang.
“Lelaki mana pula ni?”, kata aqira tanpa memandang shasa, mata dan tangannya tertumpu pada minuman tin yang ada di ‘freezer’ dua pintu.
“Lelaki tu, aku macam kenal je lelaki tu, tapi lupa arr nama dia...”, kata shasa memuncungkan bibirnya ke arah lelaki tersebut yang tidak lagi memandang ke arah mereka. Takutlah tu sebab aku perasan dia tengok aqira, fikirnya dalam hati.
“Kau ni kalau pasal lelaki, semua arr kau kenal, ahh cepat arr pilih minuman, aku dah ambil untuk sheila ni, kau ambil untuk mastina...”, kata aqira sambil matanya melilau mencari lelaki yang dimaksudkan tapi tak satu lelaki pun memandang ke arah mereka. Selepas shasa mengambil dua tin minuman, mereka ke kaunter membayar lalu menuju ke arah dua lagi rakan mereka.
“Ah...tu dia lelaki yang pandang kau tadi...”, kata shasa memandang ke arah tiga lelaki yang berdiri mahu beredar. Kebetulan lelaki itu memandang ke arah aqira lalu tersenyum. Aqira terpana lalu cepat-cepat mengalihkan matanya ke arah lain. Sheila dan mastina pula tak tahu lelaki mana yang mereka maksudkan.
“Ish, siapa pula lelaki tu...”, getus aqira.
“Lelaki mana sha? Kenapa dengan lelaki tu? Kau berminat ke?”, soal mastina pula tersenggih.
“Hai, sha, kau dah berkenan pula mamat lain, boyfriend kau letak ke mana?”, kata sheila pula.
“Bukanlah, lelaki tu tadi pandang qira, entah-entah dia minat kat qira kot...”, kata shasa, hampir tersembur air yang diminum aqira mendengar perkataan shasa.
“Kenapa dengan kau pula qira, gelaba semacam je, betul ke dah ada orang minat kat kau?”, kata mastina pula.
“Sebab tak betullah aku terkejut, korang ni, dahlah citer pasal lelaki tu, citer lain arr...”
“Malu la tu...”, kata sheila diikuti ketawa kecil. Yang lain juga tertawa tapi kemudian mereka beralih topik.
Petang itu selepas balik dari jeti sekolah, aqira dengan langkah penat memasuki bilik asrama dia dan liyana.
“Hai yana..penatnya hari ni...”, runggut aqira lalu merebahkan dirinya atas katil. Dia baru balik dari pantai hujung kampus, tempat pelajar marin lepak.
“Kau dari mana pula kali ni? aku tengok dua tiga hari ni busy memanjang je...”, kata yana sambil menandakan buku ekonomi setebal 2 inci.
“Tadi pergi library, lepas tu aku terus ke jeti pelajar marin, pergi tengok ikan ternakan diorang, lagipun nak periksa kalau-kalau ada lumut tepi-tepi batu...”
“Rajin juga kau ekk...”
“Tak de lah, ‘skuter’ tu yang rajin bawa aku jalan...”,kata aqira selamba.
“Kau ni, ada jelah...”, kata liyana tersenyum lalu membiarkan aqira berbaring menghilangkan penat, dia menyambung kembali membaca bukunya.
“hei...qira, tunggu kejap...”, tiba-tiba seorang lelaki memberhentikan dia dari menaiki skuternya.
“Ish, siapa pula lelaki ni...”, getus hatinya, tanpa memperdulikan panggilan, dia memulakan enjin motor dan hampir nak bergerak.
‘tiiitiiiiit....’
Bunyi hon kereta yang sedang berundur mengejutkan dia, aqira kaku seperti tidak bergerak, mujur kereta tersebut tidak melanggarnya, kemudian kereta itu meluncur laju, aqira pula masih kaku di situ.
“Aqira, awak tak apa-apa?”, terdengar suara lelaki dari belakang.
“Aqira, dengar tak?”, aqira baru hendak memalingkan muka tapi tiba-tiba dia merasa ada orang mengejutkannya dari depan.
“Wei qira, dengar tak, banguuunn lah, tidur pula dia, dah masuk maghrib ni..”, liyana menggoyangkan tubuh aqira yang tidur tak bergerak.
“Ah, napa, apa dah jadi?”, kata aqira bangun terkebil-kebil.
“Jadi apa? Kau ni kalau tidur tak ingat dunia, kau mimpi lagi ekk?”, kata liyana bertanya. Aqira bangun dan duduk di sisi katil.
“Tak de lah, aku berfkir sampai terlelap”, kata aqira menyembunyikan sesuatu.
“Yela tu, lain kali jangan tidur siang, dah pergi mandi, dah azan dah tu...”, kata liyana mengingatkan rakan sebiliknya. Dengan langkah perlahan aqira mencapai tualanya lalu menuju ke bilik mandi.
Suatu petang sedang aqira berjalan menuju ke library, dia ternampak seorang lelaki berjalan ke arahnya. Lelaki itu hanya tersenyum melihat aqira dan saat itu juga baru aqira teringat lelaki itu pernah dilihatnya di cafeteria. Cepat-cepat dia berpusing berpatah balik sambil tunduk tanpa melihat arah perjalanannya. Tiba-tiba...
‘dub...’
“Siapa pula langgar aku ni...”, seorang lelaki berbadan gempal dan tinggi membelakangi aqira. Lelaki itu sedang berdiri di tepi jalan sedang bertelefon. Aqira gelabah kerana terlanggar lelaki tersebut. Fail yang dipegangnya jatuh di tepi.
“Err...maaf, saya, tak sengaja...”, kata aqira memandang lelaki itu dengan rasa takut.
“Tak nampak aku begini besar ke? Main langgar je, ingat kau boleh lawan aku?”, kata lelaki itu, memandang aqira seperti hendak makan orang. Mungkin juga geram kerana dilanggar.
“Sa...saya, tak sengaja, so..sorrylah..”, kata aqira tertunduk takut melihat mata lelaki tersebut.
“Sorry...sorry...sorry naik lori lah, begini besarnya aku dilanggar, aku tak fahamlah, orang kecil macam kau ni...”, kata lelaki itu berlalu. Aqira mencebikkan bibirnya apabila mendengar perkataan kecil. Dia pantang bila ada orang mengata dia kecil, kecil-kecil tapi cute, kata aqira marah.
“Apa awak cakap, cute? Awak ni luculah...”, tiba-tiba terdengar suara lelaki di belakangnya. Lalu aqira memalingkan mukanya.
“Awak?”, kata aqira terkejut, lelaki itu tersenyum, aqira merasa jantungnya berdegup kencang.
“Kenapa? Awak jangan takut, saya taklah garang macam lelaki tadi...”
“Sebab awaklah saya langgar dia tau tak...”, kata aqira sedikit meninggi suara.
“Sebab saya? ehem..satu penghormatan tu..”, kata lelaki itu lagi. Dengan perasaan marah dan berdebar aqira terus berlalu tanpa mendengar panggilan lelaki itu, dia berlari anak menuju ke arah skuternya. Lelaki itu juga berlari mendapatkannya.
“Nantilah kejap, laju juga awak lari ekk..”, lelaki itu berdiri agak jauh dari aqira.
“Apa lagi awak nak?”, kata aqira tanpa memandang lelaki itu.
“Saya nak bagi fail ni, awak tertinggal tadi...”, kata lelaki tersebut menghulurkan fail itu pada aqira. Aqira terus mencapai failnya dan hendak berlalu.
“Erm, awak, err...saya minta maaf kalau saya sakitkan hati awak, saya tahu kenapa awak marah saya..”, kata lelaki itu lagi bila aqira tidak melayannya. Aqira tidak membalas, dia hanya diam kaku di situ.
“Tak apalah, saya pergi dulu...”, lelaki itu akhirnya berlalu. Aqira masih tunduk diam dan perasaan lega menyelinap masuk ke dadanya.
“Uhu...kenapa pula aku gelabah semacam, kecian pula lelaki tu, dahlah aku lupa ucap terima kasih, takut juga dia berdendam...”, kata aqira rasa menyesal. Dia meletakkan kembali skuternya dan berjalan semula ke library. Dia memandang ke sekeliling kalau-kalau terlihat lagi lelaki itu tapi hampa.
Beberapa hari selepas itu, aqira tidak lagi terserempak dengan lelaki tersebut, pernah juga dia mencari-cari di antara kumpulan lelaki tapi tidak berjumpa. Salah aku juga, mesti lelaki tu kecewa, kalau tak pun marah getus hatinya.
“Hei qira, awal pula kau sampai kali ni, selalu kau lah paling last datang, shasa, mastina mana?”, kata sheila rasa pelik. Mereka sudah berjanji untuk berjumpa di library kubikal jam2 petang menyiapkan laporan kajian.
“Aku saja datang awal nak cari buku tentang kajian kita...”, kata aqira berbohong tapi sebenarnya dia datang awal sebab cari lelaki yang dimarahnya tapi tak berjumpa.
“Baguslah, nanti semua sampai kita ‘combine’kan kerja kita, aku nak cari senior kita dulu, minta pendapat dia sebab diorang pun dulu buat kajian ni...”, kata sheila berlalu, aqira hanya mengeluh. Beberapa minit kemudian mastina dan shasa sampai membawa laptop masing-masing.
“Hai qira, awal sampai...”, kata shasa menyapa aqira yang sedang membelek buku yang dipinjamnya.
“Hai...”, hanya itu yang dibalas aqira, shasa dan mastina duduk berhadapan aqira dan terus membuka laptop. Nak buka internet la ni, kata aqira dalam hati.
“Mana sheila?”, terkeluar juga pertanyaan itu dari mulut mastina.
“Entah, dia kata nak cari senior yang tahu tentang kajian kita...”, kata aqira dengan malas. sepuluh minit kemudian sheila sampai.
“Ahh..sampai pun...”, kata sheila lalu duduk di sebelah aqira.
“Mana dia senior yang kau cari tu?”, kata shasa memandang sheila.
“Kejap lagi dia sampai, sabar ekk...”
“Aku pergi ‘toilet’ dulu lah...”, kata aqira berdiri keluar pintu dan membelok ke kanan. Dia sebenarnya rasa tak bersemangat, tapi sebab kerja dia kena bersemangat, dia mencuci muka kemudian mengelapnya menggunakan tisu, lalu dia kembali pada groupnya. Sedang dia membuka pintu kubikal dia sedikit terkejut. Dia memusingkan badannya tapi sempat shasa panggil namanya.
“Qira...mana pula kau nak pergi ni?”
“Er, kejap...”, lalu aqira memandang mereka.
“Ah...ben, kenalkan ini aqira...”,sheila memperkenalkan aqira pada benjamin, lelaki itu memandang aqira dan juga terkejut.
“Erm..pasal hari tu saya minta maaf...”, kata aqira duduk di sebelah sheila, lelaki itu duduk di tepi meja mereka seperti ketua keluarga.
“Ai, kau kenal ke qira?”, kata sheila.
“Dia nilah hari tu langgar aku, tak tahulah sebab apa, begini besarnya badan aku dia langgar, nasib baik dia tak jatuh...”, kata ben menerangkan pertemuan hari tu, shasa, mastina dan sheila hanya ketawa terasa kelakar. Aqira pula memuncungkan bibirnya.
“Tak apa, aku dah maafkan, lain kali jalan pandang depan, aku pun nak minta maaf juga termarah kau, dah hari tu mood aku tak baik...”, kata ben lagi lalu mereka semua ketawa lagi. Mereka meneruskan perbincangan selepas semuanya tenang.
Petang beberapa hari kemudian liyana mengajak aqira berjogging di padang sukan. Mulanya aqira malas, selama ni dia tak pernah jogging sebab kalau jalan pun mesti dengan skuternya. Tapi kerana menemani liyana dia pergi juga. Sedang mereka berjogging, seseorang memanggil liyana. Liyana berpaling ke arah suara tersebut, manakala aqira masih memandang arah depan.
“Yana...”, lelaki itu menghampiri mereka.
“Eh, sham...”, liyana berhenti, aqira pula kaku membelakangi mereka.
“Rajin kau turun padang hari ni...”, tanya lelaki tersebut, kemudian memandang ke arah gadis yang membelakanginya.
“Tak tahulah tetiba je ada mood nak turun padang...”, kata liyana, dia menyedari hisham memandang aqira lalu dia juga turut memandang, baru dia perasan, aqira membelakangi mereka.
“Qira...”
“Er..ye?”, aqira sebenarnya tiba-tiba merasa jatungnya berdebar saat mendengar suara tu kerana ia seakan-akan pernah mendengarnya.
“Marilah sini, aku nak kenalkan kau kawan kuliah aku...”, kata liyana sambil tangannya mencapai bahu aqira. Perlahan-lahan aqira memusingkan badannya dan apabila terpandang saja lelaki itu jantungnya lebih laju berdegup tapi dia berpura-pura tenang.
“Ah, sham, kenalkan ‘roomate’ aku Nur Aqira Mustafa, qira, ni Azrul Hisham, dia ni ketua pelajar kitorang...”, sham hendak menghulurkan salam tapi aqira tidak menyambut kerana takut jika diketahui tangannya sejuk.
“Hai...”, hanya itu saja keluar dari mulut aqira.
“Rupanya nama awak aqira, hari tu saya lupa tanya nama awak...”, kata sham, sebenarnya sudah lama sham mencari gadis di depannya, sejak dia terpandang aqira dia terasa hendak mengenali aqira dengan lebih dekat lagi.
“Ah..ye, ye, saya, erm...awak, pasal hari tu, saya minta maaf...”, kata aqira, dia terasa jantungnya hendak gugur saat melihat hisham tersenyum padanya, kacaknya dia, katanya dalam hati.
“Oh...it’s ok, saya dah lupakan pasal hari tu...”, kata sham memandang aqira.
“Hai, pasal apa pula ni? Korang ni ber’saya’ ‘awak’ pula?”, kata liyana rasa hairan.
“Erm, sebenarnya...”
“Er, tak apa, sham...awak pergi lah main bola, nanti orang-orang awak marah, nanti saya cerita pada yana...”, kata aqira memotong, tidak mahu nanti hisham menceritakn tentang dia melanggar seorang lelaki, pasti akan diketawakan lagi.
“Ok..kalau macam tu, see u around, bye yana...”, kata sham melambai, liyana turut melambai, lalu hisham kembali ke padang bola.
“Jadi selama ni kau jumpa sham ye, siap saya saya, awak awak lagi...”, kata liyana mula membongkar rahsia.
“Tak adalah, kami terserempak je, tak tahulah kenapa terkeluar perkataan awak awak saya saya tu...”, kata aqira meneruskan ‘jogging’ mereka, liyana turut mengikut dari belakang.
“Tapi aku tengok kau macam ada hati dengan dia, dia pun ada hati dengan kau...”, kata liyana lagi mengusik aqira.
“Mana ada, kau ni memandai je la...”, kata aqira malu, mukanya hampir merah kerana menahan malu.
“Eleh, jangan tipulah, tengok muka dah merah, kalau kau suka dia aku boleh tolong...”
“Tak nak lah, entah-entah dia dah ada ‘girlfriend’...”
“Siapa? Setahu aku dia belum berpunya, tapi memang ramailah peminat, termasuk aku tapi aku minat cara dia pimpin kami and cara dia bercakap je, sangat jelas and bertanggungjawab...”
“Jadi kau ada hati jugalah kat dia?”, kata aqira bertanya seperti putus harapan.
“Ya tapi minat gitu-gitu jelah, tak ada lah minat sampai nak dia jadi ‘boyfriend’ aku, lagipun aku kan dah ada razlan....”, kata liyana berterus terang sambil membayangkan wajah lelaki yang mencuri hatinya. Aqira hanya diam, dia turut tersenyum tapi bagi dia kalau ada jodoh, adalah.
Beberapa hari kemudian, semasa aqira hendak membeli minuman, dia terserampak lagi dengan hisham bersama dua rakannya. Cepat-cepat aqira berjalan ke arah lain tapi belum sempat dia pergi jauh hisham memanggil dan mendekatinya.
“Aqira, er...awak busy tak hujung minggu ni? Saya ingat nak ajak awak pergi tengok pc fair, kan hujung minggu ni ada pameran di anjung siswa...”, kata hisham memberanikan diri bertanya seperti tips yang diberi liyana, aqira tak suka diajak tanpa tujuan.
“Erm...boleh juga tapi tak ada orang lain marah ke?”, aqira bertanya takut jika ada orang lain cemburu dia keluar bersama lelaki kacak macam hisham ni.
“Siapa nak marah? Entah-entah awak yang ada orang marah...”, kata hisham menduga.
“Er...tak ada, saya ok je...”
“Kalau macam tu, hujung minggu ni kita jalan sama-sama ok, nanti i ‘call’ u, sorry sebab minta no hp awak tanpa izin, lagipun liyana sendiri nak bagi...”
“Ye ke? Tak apa, erm, saya minta diri dulu, ada hal sikit, saya tunggu awak call...”, kata aqira mula berjalan undur. Sikit lagi dia terlanggar sekumpulan pelajar cina, mujur hisham memberi amaran. Aqira tersipu-sipu malu sambil memohon maaf pada pelajar cina tersebut, sempat juga dia mengerling ke arah hisham yang masih tersenyum memandangnya.
Sejak pertemuan itu, hisham benar-benar pasti jatuh hati pada aqira, dan berusaha mendapatkan cinta aqira tapi sebenarnya aqira juga dah jatuh cinta pada hisham. Bermulalah episod cinta mereka, cinta dan pertemuan yang tak sengaja, tulah jodoh namanya.
Posted on
Sunday, August 16, 2009
by
gennieviana,
1 comments.